eKelas Sains dan Matematik Minggu 18

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2019, Sabtu, seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada minggu ini, bagi subjek Sains,para pelajar berpeluang mempelajari topik tentang Daya, Fenomena Geobencana, Sistem Suria, Cuaca Angkasa Lepas dan Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia.

Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dibuat ialah mencipta alat penerjun berperacut, cabaran membina bangunan tahan gempa bumi, membuat model sistem suria, membina lapisan matahari, dan mencipta termos DIY.

Seterusnya, untuk subjek Matematik, antara topik yang dipelajari adalah Pecahan, Poligon Sekata, Laju dan Pecutan, Garis Lurus dan Bumi sebagai Sfera Bahagian 3. Manakala, untuk aktiviti, pelajar berpeluang untuk membuat gitar pecahan, melukis logo poligon, membuat pesawat jet tempur, tingkap kaca berwarna dan model bumi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali